Sunday, July 28, 2013
Keluarga Saya
Adik saya yang bongsu berada di sebelah kiri barisan hadapan. Nama dia ialah Muhammad Idzwan Syah Bin Hady. Dia kini berada di tingkatan 2 SMK Bandar Rinching. Adik saya merupakan seseorang yang amat meminati permainan komputer, dengan erti kata lain "GAMERS". Dia merupakan seorang yang agak nakal tetapi menghormati orang lain. Walaupun dia seorang yang nakal tetapi dia tidak pernah melakukan segala larangan orang tua dan amat menghormati mereka.
Keluarga Saya
Adik saya yang kedua pula merupakan anak gadis di barisan belakang yang memakai tudung hitam. Nama dia ialah Nurul Hana Binti Hady. Dia bersekolah di Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor. Dia kini berada di tingkatan 4. Dia merupakan satu-satunya adik perempuan saya. Saya amat mengagumi dia kerana dia amat pandai berdikari dan menjaga diri walaupun dia seorang gadis berbanding dengan kami adik beradik yang lain.
Keluarga Saya
Adik saya berada di barisan ketiga, orang ketiga dari kanan. Saya mempunyai 4 orang adik beradik dan dia merupakan adik saya yang pertama dan anak kedua kepada ibu dan bapa saya. Nama dia ialah Muhammad Ardan Syah Bin Hady. In Shaa Allah pada bulan September tahun ini dia akan melanjutkan pengajian di peringkat ijazah di UKM dalam bidang TESL. Walaupun dia berada selangkah dihadapan saya namun dia tetap menghormati saya sebagai abangnya dan amat merendah diri. Saya amat gembira dan bangga diatas pencapaian dia dan mendoakan yang terbaik untuknya.
Keluarga Saya
Ibu saya pula ialah wanita yang memakai kaca mata di barisan kedua sebelah hujung kanan. Nama dia ialah Mazeeta Binti Mustapa Yahya. Dia berasal dari Klang, Selangor. Dia merupakan anak yang sulung daripada 5 orang adik beradik. Ibu saya berkerja sebagai guru penolong kanan di SK Bandar Rinching. Dia merupakan guru didalam bidang bahasa Inggeris. Ibu saya merupakan seorang yang penyayang dan penuh dengan disiplin.
Keluarga Saya
Ini adalah keluarga penuh saya. Bapa saya ialah lelaki yang memakai kaca mata berada di barisan kedua di sebelah hujung kiri. Nama dia ialah Hady Bin Ali. Dia berasal dari Kemaman, Terengganu. Bapa saya merupakan seorang bekas guru geografi tetapi kini bekerja di Kementerian Pelajaran Malaysia. Dia merupakan seorang yang amat menitik beratkan didalam perihal agama. Walaupun bapa saya merupakan seorang yang tegas namun dia merupakan seseorang yang penuh dengan kasih sayang.
Subscribe to:
Posts (Atom)